PROGRAMMES

Anda ingin melanjutkan pelajaran di Universiti tetapi tidak mahu berhenti kerja?

Peluang belajar sambil bekerja!!!

Pembelajaran secara atas talian (on-line)

Sijil Micro Credential Universiti Utara Malaysia yang telah mendapat kelulusan MQA merupakan pensijilan digital kecekapan yang dinilai dari aspek pengetahuan dan kemahiran bagi bidang pengurusan perniagaan. Micro Credential memfokuskan kepada skop pembelajaran yang jauh lebih kecil berbanding kursus-kursus di dalam program akademik konvensional.

Sijil Micro Credential UUM ditawarkan melalui kaedah hybrid di mana peserta akan menghadiri kuliah secara dalam talian dan hanya perlu menghadiri ujian secara bersemuka untuk sekali sahaja. Pembelajaran yang lebih menarik, fleksibel dan digital akan menarik minat pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran. Ianya berbeza dengan kaedah pengajian tradisional, di mana jangka masa kursus yang ditawarkan melalui Micro Credential adalah fleksibel dan memfokus kepada kompetensi tertentu. Persijila Micro Credential direka bentuk bagi memenuhi permintaan pelajar, majikan atau industri.

Pensijilan Micro Credential juga berguna untuk majikan meningkatkan pengetahuan para pekerja dalam bidang pengurusan. Pelaksanaan Micro Credential dijalankan secara fleksibel, dengan berfokuskan kepada bentuk pengetahuan atau kemahiran yang diperlukan bagi tujuan upskilling atau reskilling tenaga kerja, pembangunan akademik atau pembelajaran sepanjang hayat. Sijil Micro Credential boleh dijalankan secara in-house training dengan mengambilkira kursus-kursus yang sesuai dengan keperluan majikan.

Peserta yang berjaya lulus dan dianugerahkan kesemua 25 Sijil Digital MC, adalah layak mendapatkan pindah kredit dan seterusnya dianugerahkan dengan Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan (EDBM), Universiti Utara Malaysia tanpa melalui proses APEL C. Walau bagaimanapun, syarat kemasukan masih tertakluk kepada syarat kemasukan Program Diploma Eksekutif Pengurusan Perniagaan UUM iaitu lulus SPM dengan 3 kredit atau lulus Sijil Kemahiran Malaysia atau melalui APEL A.

Yuran  Pengajian (Untuk 1 Modul) -RM630 sahaja

Pensyarah berpengalaman dari Universiti Utara Malaysia

Pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Pengajian hanya hujung minggu

Tempoh kursus hanya 1 bulan sahaja

HRDF Claimable di bawah skim SBL

Senarai kursus-kursus Micro Credential

  1. Micro Credential in Cross Cultural Management
  2. Micro Credential in Principles of Management
  3. Micro Credential in Principles of Economics
  4. Micro Credential in English 1
  5. Micro Credential in Public Speaking
  6. Micro Credential in Business Statistics
  7. Micro Credential in Principles of Accounting
  8. Micro Credential in Managerial Mathematics
  9. Micro Credential in Management Information System
  10. Micro Credential in Logistics Management
  11. Micro Credential in Business Communication
  12. Micro Credential in Human Resource Management
  13. Micro Credential in Principles of Marketing
  14. Micro Credential in Marketing Management
  15. Micro Credential in Pengajian Malaysia
  16. Micro Credential in Entrepreneurship
  17. Micro Credential in Business & Commercial Law
  18. Micro Credential in Khidmat Masyarakat
  19. Micro Credential in Principles of Finance
  20. Micro Credential in Strategic Management
  21. Micro Credential in Process Writing
  22. Micro Credential in Small Medium Enterprises (SME) Management
  23. Micro Credential in Creativity and Innovation
  24. Micro Credential in Business Plan
  25. Micro Credential in Computer in Application

Jangan Tunggu Lagi

Sebarang pertanyaan sila hubungi:

Prof Madya Dr. Zulkiflee Daud-0197310732 atau e-mel zulkiflee@uum.edu.my

Dr. Abidzar Zainol Abidin-01111330512 atau e-mel m.abidzar.zainol@uum.edu.my