All News

PROGRAM LATIHAN USAHAWAN WANITA ANJURAN BERSAMA SBM DAN NGO WOMEN OF WILL (WoW)

 Hebahan 2023 WoWHebahan_2023-WoW.jpg

Pada 02 Jun 2023 telah berlangsung program Latihan usahawan wanita anjuran bersama SBM dan badan bukan kerajaan (NGO) iaitu women of will (WOW) yang diketuai oleh …

Peserta seramai 40 orang telah hadir dalam program ini yang diadakan di Bilik Johor, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan. 

Program yang berlangsung selama 2 hari iaitu 02 Jun hingga 03 Jun 2023 (Jumaat dan Sabtu)  di kendalikan oleh seorang penceramah jemputan daripada pihak WOW dan mengandungi 5 modul kursus keusahawanan. Peserta adalah daripada PPR Nagasari merupakan usahawan wanita yang rata-rata menjalankan perniagaan mikro dan kecil dalam Alor Setar dan sekitarnya. Program ini bermula jam 9 pagi dan berakhir pada 5 petang, diselangi dengan rehat,solat dan makan yang disediakan oleh pihak WOW. 

Program ini ditaja oleh Yayasan Hasanah (2 Jun 2023) pada hari pertama dan Axiata pada hari kedua (3 Jun 2023). Ianya adalah untuk memberikan pendedahan keusahawanan kepada peserta dalam memajukan lagi perniagaan mereka dan memberikan ilmu dalam pemasaran serta motivasi diri. Peserta sangat teruja dalam memberikan focus kepada topik-topik perkongsian oleh penceramah dan dipantau oleh pihak WOW dari semasa ke semasa.