All News

BENGKEL PERANCANGAN PELAN TINDAKAN STRATEGIK SBM USAHA CAPAI KPI PELAN STRATEGIK UNIVERSITI

BENGKEL PERANCANGAN PELAN TINDAKAN STRATEGIK SBM USAHA CAPAI KPI PELAN STRATEGIK UNIVERSITI

Oleh: Nur Izzati Mohamad Arzahari (Pelajar Pelatih SBM)
Gambar oleh: Nik Amirul Aqman Nik Lah

SBM ONLINE: Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Pelan Tindakan Strategik anjuran 2022 di EDC UUM, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Strategik SBM, Dr. Yusmani Mohd Yusoff berkata, SBM mampu menjadi pusat pengajian yang berdaya saing sekiranya langkah-langkah perancangan aktiviti atau program dapat dilakukan lebih awal, berfokus dan secara strategik.

Justeru, menurutnya, SBM telah bercadang mengadakan bengkel yang memberi pendedahan kepada semua penjawat dan pengerusi jawatankuasa SBM dan seterusnya merangka pelan tindakan bagi mencapai perancangan strategik yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Katanya, bengkel Perancangan Pelan Tindakan Strategik dan Pemerkasaan Jawatankuasa Pusat Pengajian ini bertujuan untuk mencapai objektif yang telah disepakat oleh semua pihak terlibat.

Sementara itu, Dekan SBM, Prof. Madya Dr. Shuhymee Ahmad amat berharap agar setiap pembentangan teras lebih menjurus kepada pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Petunjuk Prestasi (PI) SBM bagi mencapai Pelan Strategik UUM bagi tahun 2022.

Bengkel ini melibatkan peserta terdiri daripada Pengerusi Program dan Pengerusi Jawatankuasa di SBM.