SBM ONLINE: "Kepercayaan dalam meneruskan usaha yang telah dilaksanakan pemimpin terdahulu dan penghargaan terima kasih bagi menerajui kepimpinan SBM 2022," kata Prof. Madya Dr. Shuhymee bin Ahmad pada Majlis Penyerahan Tugas Penjawat SBM di Bilik Selangor, pagi tadi. Menurutnya lagi, akan terus komited dan memberi penambahbaikan demi kecemerlangan universiti.
Beliau berharap akan mendapat sokongan dan kerjasama semua staf dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.
Di samping itu, Mantan Dekan Prof. Dr. Salniza binti Md. Salleh dan bagi pihak Penjawat terdahulu merakamkan penghargaan terima kasih atas tanggungjawab yang diberikan sebelum ini serta sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik demi memastikan SBM mencapai KPI yang ditetapkan.
"Meskipun banyak cabaran dilalui terutama dalam tempoh pandemik selama dua tahun namun SBM tetap mampu mencapai pelbagai kejayaan.
Sesi menandatangani nota serah tugas antara Prof. Dr. Salniza binti Md. Salleh dan Prof. Madya Dr. Shuhymee bin Ahmad telah disaksikan Prof. Madya Dr. Noraini binti Othman, Timbalan Dekan dan Puan Nooraini@Noorfizani binti Hj. Hussein. Penolong Pendaftar Kanan SBM.