All News

WEBINAR KUPAS ISU PERKHIDMATAN AWAM, INDUSTRI DAN PROFESIONAL

WEBINAR KUPAS ISU PERKHIDMATAN AWAM, INDUSTRI DAN PROFESIONAL

 
UUM ONLINE: Institut Pengurusan Kualiti (IPQ) dengan kerjasama Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah menganjurkan Webinar bertajuk 'Optimizing Productivity for Services Delivery Excellence' menerusi Webex dan Facebook rasmi IPQ, baru-baru ini.
Webinar itu dirasmikan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah yang mana dalam ucapannya berkata, bertepatan dengan tema webinar, sudah tiba masanya untuk organisasi mengkaji semula kaedah proses kerja semasa agar seiring dengan persekitaran kerja yang lebih dinamik.
Menurutnya, pengalaman dalam melaksanakan pelbagai teknik dan kaedah alternatif berasaskan teknologi sewaktu berdepan krisis boleh membantu dalam pembangunan dan penambahbaikan proses menjadi prosedur hibrid untuk hasil terbaik.
"Saya yakin sekiranya penambahbaikan proses sedia ada ini dilaksanakan, ia akan meningkatkan produktiviti keseluruhan dan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan.
“Produktiviti dan penyampaian perkhidmatan saling berkait rapat. Permintaan pelanggan atau pihak berkepentingan boleh dikenal pasti apabila produktiviti berada di kemuncaknya dan hasilnya, mekanisme perkhidmatan boleh diperkemaskan, secara tidak langsung dapat meningkatkan penyampaian perkhidmatan," katanya.
Seramai tiga panel dijemput bagi mengupas isu dari perspektif perkhidmatan awam, industri dan profesional iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang juga Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Dato' Paduka Ammar Dato' Shaikh Mahmood Naim, Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Datuk Nora A Manaf merangkap Profesor Adjung SBM dan Pengarah Pembangunan Produktiviti dan Daya Saing (PCD), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Dr. Mohamad Norjayadi Tamam.
Webinar itu disertai penjawat dari sektor awam, sektor swasta, pelajar dan juga ahli-ahli akademik universiti tempatan dan dari negara ASEAN yang menjadi ahli ASEAN University Network (AUN).