All News

SBM TERIMA SIJIL PENGIKTIRAFAN SUSULAN KEJAYAAN UUM

SBM TERIMA SIJIL PENGIKTIRAFAN SUSULAN KEJAYAAN UUM

 

UUM ONLINE: School of Business Management (SBM) Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima Sijil Pengiktirafan susulan dari kejayaan UUM tersenarai pada kedudukan  201-250 dalam THE World University Rankings by Subject untuk tahun 2022.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) yang menjalankan fungsi Naib Canselor Prof Dr Haim Hilman Abdullah menyampaikan sijil itu bagi kategori Business and Economics meliputi bidang perniagaan dan pengurusan, ekonomi dan ekonometrik, perakaunan dan kewangan di bangunan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan itu baru-baru ini.

“ Saya ingin berkongsi kegembiraan dan mengucapkan tahniah atas kejayaan kita dari sebuah universiti yang terletak jauh dari luar bandar kini berada di kedudukan 200 ke 250 terbaik dunia,” kata beliau lagi.

Hasil usaha dan penat lelah serta kepayahan kita akhirnya mendapat kegembiraan.

Ranking merupakan satu perjalanan yang memerlukan proses untuk mengatur, mengumpul dan mengolahnya untuk pergi jauh sebagai satu pasukan bersama pentadbir dan tenaga akademik.

Diharap pengiktirafan ini dapat membantu memperkenalkan dan mengukuhkan nama SBM baik di dalam negara mahupun di luar negara.

Spin off daripada pengiktirafan ini juga diharap dapat membantu SBM untuk menarik lebih ramai pelajar memilih dan mengikuti program pengajian di SBM sekaligus dapat membantu untuk memperbaiki tanggapan kewibawaan kesarjanaan ahli akademik SBM di kalangan pihak agensi, insitusi dan pihak berkepentingan di luar sana.

Sementara itu Dekan SBM, Prof. Dr. Salniza Md Salleh yang mewakili SBM mengucapkan terima kasih di atas penyerahan sijil pengiktirafan ini.

Katanya kejayaan ini merupakan kejayaan semua pihak yang diterajui oleh pengurusan tertinggi universiti.

“ Dengan pengiktirafan dan penerimaan sijil ini pastinya akan membantu setiap warga kampus ini berfungsi dan bekerja ke arah mencapai visi dan misi yang ditetapkan,” ujarnya.

Gagasan gemilang Akademia dan pentadbiran (GAGAH) yang dilancarkan Prof Dr Haim Haliman pada awal tahun dilihat dapat membantu kita untuk memastikan pencapaian yang ada pada hari ini menghasilkan keputusan yang lebih baik pada tahun hadapan.

Prof. Dr. Salniza menambah apa yang dinikmati sekarang, kejayaan untuk berada pada kedudukan ranking yang di umum baik oleh QS atau THE, bukan satu usaha yang berlaku dalam tempoh yang singkat.

Pelan strategik yang dibangunkan secara bersama juga telah memasuki fasa ke tiga yang membolehkan universiti dan pusat pengajian merancang dan merangka pelan tindakan untuk bergerak maju, mendokong wawasan unversiti seterusnya membina imej dan jenama tersendiri sebagai sebuah menara gading yang memberi manfaat kepada semua warga UUM, komuniti setempat seterusnya memberi sinergi kepada pembangunan serta pemulihan ekonomi negara.