All News

Minggu Gugur Tambah Kursus Semester Kedua 2019/2020 (A192) Di SBM Berjalan Lancar Susulan Penularan Wabak Covid-19

Minggu Gugur Tambah Kursus Semester Kedua 2019/2020 (A192) Di SBM Berjalan Lancar Susulan Penularan Wabak Covid-19

SBM ONLINE: 13 Februari 2020, Walaupun penularan wabak Coronavirus (Covid-19) melanda beberapa buah negara termasuk Malaysia, namun minggu gugur tambah kursus semester kedua 2019/2020 (A192) telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Staf-staf SBM yang terlibat telah mengambil langkah-langkah pencegahan awal dengan mematuhi tatacara pengurusan yang ditetapkan universiti bagi memastikan jangkitan wabak berkenaan dapat dihindari seperti memakai topeng muka dan memastikan kebersihan diri. Proses gugur tambah kursus ini melibatkan pelajar semester 1 sehingga 7 dan telah berlangsung selama empat (4) hari iaitu daripada 9 hingga 12 Februari 2020 di Bilik SP 2 dan 3, SBM.