SBM Online: Seramai 29 pelajar dari jurusan Ijazah Sarjana Muda Pemasaran (Kepujian) dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan kini sedang berentap dalam Pertandingan Keusahawanan Muda Nescafe yang telah berlangsung sejak April lalu dan dijangka tamat pada 30 November ini. Pertandingan ini dianjurkan oleh syarikat Nestle Malaysia Berhad yang turut disertai oleh beberapa institusi pengajian awam dan swasta di seluruh Malaysia. Objektif pertandingan ini adalah untuk melahirkan usahawan muda selari dengan matlamat Kementerian Pendidikan. Pertandingan ini telah memberi pembelajaran pengalaman sebenar kepada para pelajar iaitu mereka perlu bekerja secara berkumpulan, menguruskan masa dan bekerja di hub secara sistematik dan tersusun. Para pelajar akan dinilai setia minggu oleh wakil Nescafe dari segi kebersihan, kaedah promosi dan jumlah jualan. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan Nescafe Resipi Istimewa dan tawaran hadiah premium pada bulan akhir ini. Jom singgah ke Hub Nescafe di Foyer SBM, Kolej Perniagaan setiap hari Ahad-Khamis dari jam 9.00 hingga jam 5.00 petang. Jom SOKONG TEAM UUM!