All News

THINK BIG Untuk Memacu Kecemerlangan

THINK BIG Untuk Memacu Kecemerlangan

SBM ONLINE:   116 pelajar baharu semester kedua sesi 2018/2019 (A182) selamat mendaftar dengan pelbagai gaya dan inspirasi baru-baru ini.

Bahkan keceriaan wajah  mereka  yang terpilih ke UUM disaksikan pensyarah serta staf pentadbiran School of Business Management (SBM) semasa majlis suaikenal  bertempat di Dewan Kuliah Gugusan 2/1.

“Selamat datang ke kampus di rimba hijau yang terletak di utara”,

“Pelajar hendaklah menanam azam yang tinggi untuk maju dan mengorak langkah untuk cemerlang dalam pengajian sekaligus menjadi pemimpin masa hadapan”,

We must think big”, kata Timbalan Dekan SBM, Prof. Madya Dr. Hasnizam Shaari mewakili Dekan SBM dalam majlis tersebut.

Sementara itu, menurut pelajar yang berasal dari Perlis,  Mohamad Faiz Jatperi ,“ Saya  berasa bangga dapat memasuki UUM dan mendaftar program Sarjana Muda Keusahawanan”.

Dalam pada itu, pelajar yang berasal dari Perak, Pratha a/p Gnanason  yang mendaftar program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan berkongsi perasaan gembira ketika majlis tersebut, katanya,  “I’m impressed by the environment, looking forward to be part of UUM”.

Selain teruja menjadi pelajar UUM,  kata Siti Noratikah Mohtar yang mendaftar program Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, “Saya berasa excited dan dalam masa yang sama saya rindukan rumah”.

Rata-rata pelajar melahirkan rasa teruja, menurut Khor Jia Ying yang berasal dari Kedah, “Program Sarjana Muda Pemasaran menjadi pilihan saya, berasa happy and excited ke UUM”.

“Pengurusan Sumber Manusia program yang saya daftar, saya berasa excited dan akan melibatkan diri dengan aktiviti selain belajar , ujar Nur Syazwani Abu Hassan anak kelahiran Pulau Pinang ketika ditemui.  

Senada dengan itu,  Muhammad Fatih Asyur Mohd Nasir  tekad untuk mendaftar program Sarjana Muda Pemasaran berkata “UUM  is the Best, memang target untuk masuk UUM!”