All News

Bengkel Copywriting untuk peniaga online 2.0 anjuran MarC SBM

Bengkel Copywriting untuk peniaga online 2.0 anjuran MarC SBM

SBM ONLINE: Pada 24 April 2018 yang lalu, MarC (Marketing Club), SBM telah menganjurkan Bengkel Copywriting 2.0 untuk peniaga-peniaga atas talian (online) dengan jayanya. Bengkel ini merupakan bengkel kali kedua yang diadakan selepas bengkel pertama mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah penyertaan sebanyak 75 orang peserta terdiri dari pelbagai kursus di UUM. Dengan adanya sokongan, promosi serta usahasama daripada Pejabat Pembangunan Pelajar & Alumni (PPA) UUM COB maka program ini berjaya direalisasikan.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk berkongsi ilmu dan pengetahuan mengenai peniagaan secara atas talian (online) serta teknik pemasaran di era digital ini. Peserta juga didedahkan dengan teknik-teknik dan strategi untuk menulis headlines secara efektif. Antara tips untuk menulis headlines, melalui teknik Content Marketing 5T, teknik menghasilkan ayat berpengaruh 4T, serta formula menghasilkan tajuk iklan dengan menggunakan rumusan SMS. Program ini amat bermanfaat bagi memperkasa diri peserta dalam menempuh era revolusi pemasaran digital.

Bengkel yang telah berjaya menarik minat 47 peserta terdiri di kalangan pelajar dan staf UUM, serta peniaga online telah menjemput En. Nor Mohd Ikhwan Zulaili untuk berkongsi tips – tips berkaitan.

Program ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat oleh penasihat Kelab Pemasaran Dr. Waida Irani Mohd Fauzi. MoA program ini adalah program yang berterusan, sesi bengkel yang seterusnya akan berlangsung pada tarikh yang akan diumumkan kelak.