SBM ONLINE: Seramai 25 pelajar daripada kumpulan program The Chancellor dan First Class Hunter menghadiri taklimat bersama Dekan SBM, UUM dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Holistik Pelajar SBM bertempat di DKG 2/3. Taklimat tersebut bertujuan menyampaikan saranan dan hasrat Penolong Naib Canselor COB merangkap Dekan SBM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah kepada para pelajar mengenai aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan agar pembangunan holistik pelajar seimbang antara akademik dan bukan akademik (aktiviti di kampus). Sesi santai tersebut telah berlangsung selama satu jam setengah dan disusuli dengan sesi soal jawab.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan pada semester lepas adalah Leisure Speaking @ SBM Foyer, English Enhancement Programme dan sesi pencarian organisasi praktikum kepada pelajar tahun akhir. Selain itu, pelbagai aktiviti lain dicadangkan untuk pelajar termasuk Small Group Debate, Public Speaking Competition, MNC Hunter for Future Job allocation, Industrial / Academic Talk Sessions, Industrial/ Academic Visit to MNC / Outstanding Universities dan tugasan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di sekitar Kawasan UUM.
Dekan SBM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah dan Dr. Mohd Rashdan Salehuddin serta ahli Jawatankuasa Pembangunan Holistik Pelajar turut serta menghadiri taklimat tersebut. Sesi tersebut mendapat sambutan baik daripada para pelajar setelah ramai yang bertanya soalan mendapat penjelasan serta berminat menyertai program-program yang dicadangkan.