Satu perjumpaan pelajar-pelajar “Rising Star” bersama Dekan SBM pada 12 Disember 2017 dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pembangunan Holistik Pelajar SBM bertempat di DKG 2/1. Pejumpaan tersebut bertujuan untuk memberi semangat dan hasrat Dekan SBM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah untuk melihat para pelajar SBM meningkatkan prestasi akademik dan terus berjaya di masa hadapan.
Dekan SBM menyatakan bahawa semua pelajar-pelajar berhak untuk berjaya tanpa mengira latarbelakang keluarga serta menekankan rasa tanggungjawab terhadap ibu bapa untuk melihat kejayaan anak-anak mereka. Beberapa pensyarah SBM turut hadir untuk memberi semangat dan motivasi kepada para pelajar berkenaan.