All News

SBM Ringankan Bebanan 100 Staf UPSB

SBM Ringankan Bebanan 100 Staf UPSB

Hanya senyuman tanda kesyukuran jelas terpancar pada wajah 100 penerima terdiri daripada staf Uniutama Property Sdn Bhd (UPSB) apabila mereka menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian daripada Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM). Penyerahan sumbangan itu telah disempurnakan Dekan SBM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah di Foyer SBM, semalam.

Sumbangan tersebut merupakan antara program tanggungjawab sosial SBM kepada golongan yang memerlukan supaya bebanan mereka di bulan Ramadan ini dan kehadiran Syawal tidak lama lagi dapat dikurangkan.

Penerima, Siti Hawa Hashim berkata, dia gembira apabila terpilih untuk menerima sumbangan tersebut kerana sekurang-kurangnya telah meringankan bebanannya untuk membeli barang keperluan harian dalam menyambut kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.

"Saya berterima kasih kepada SBM dan berharap program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dengan membantu golongan tidak berkemampuan dan bernasib baik terutama apabila menjelang musim perayaan," ujarnya.