Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), UUM COB dengan jayanya telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) SBM pada 01 dan 02 Februari 2017 (Program Pengurusan Sumber Manusia) serta 05 dan 06 Februari 2017 (Program Pentadbiran Perniagaan, Keusahawanan dan Pemasaran) bertempat di Bilik Seminar SBM, UUM COB.
Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), UUM COB dengan jayanya telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) SBM pada 01 dan 02 Februari 2017 (Program Pengurusan Sumber Manusia) serta 05 dan 06 Februari 2017 (Program Pentadbiran Perniagaan, Keusahawanan dan Pemasaran) bertempat di Bilik Seminar SBM, UUM COB.
Majlis perasmian telah disempurnakan Dekan SBM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah. Dekan dalam ucapan aluannya turut menzahirkan hasrat supaya setiap pensyarah tidak hanya menumpukan kepada satu-satu bidang pengajaran sahaja. Beliau menyarankan agar pengajaran sepatutnya boleh berlaku secara rentas bidang supaya pengetahuan setiap pensyarah dapat divariasikan.
Sesi taklimat ringkas berkaitan AACSB telah disampaikan oleh Pengarahnya, Prof. Dr. Ku Nor Izah Bt Ku Ismail. Beliau memaklumkan bahawa lawatan Audit AACSB yang seterusnya adalah pada tahun kelima (2020-2021 visit year) dan bagi mengekalkan kecemerlangan audit maka semua pihak haruslah menggembleng tenaga secara berterusan bagi menambahbaik beberapa standard yang ditekankan dalam lawatan sebelum ini. “Bengkel ini bermanfaat di mana ia memberi ruang kepada para pensyarah untuk membuat persediaan bagi proses P&P bagi Sesi A162”, ujar Dr. Maria binti Abdul Rahman mewakili rakan-rakan pensyarah yang lain.
Bersempena dengan penganjuran bengkel ini turut diadakan Majlis Penyampaian Surat Lantikan Mengajar kepada semua tenaga pengajar SBM. Bengkel dwi-tahunan yang berlangsung selama dua (2) hari ini melibatkan hampir keseluruhan staf akademik SBM bertujuan untuk meneliti dan mengemaskini serta menyiapkan dokumen yang diperlukan bagi tujuan Audit ISO SIRIM dan AACSB. Selain itu juga, dalam bengkel yang sama turut dibentangkan KPI Pusat Pengajian serta strategi yang harus diambil supaya KPI SBM dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.
Penganjuran bengkel ini diharap dapat meningkatkan kualiti Pengajaran & Pembelajaran dengan memberi platform kepada para pensyarah untuk menyediakan dokumen-dokumen berkaitan P&P di mana penyelarasan dan perancangan semua aktiviti berkaitan akademik, penyelidikan, perundingan serta pengurusan dilakukan agar selari dengan hasrat Pengurusan Tertinggi Universiti.