All News

KITA ADIWIRA: SUPERHEROES IN US - TRANSFORMING THE ORDINARY TO EXTRAORDINARY

Oleh: Dr. Chuah Chin Wei
Gambar oleh: Nik Amirul Aqman Nik Lah

UUM ONLINE: Episod keenam ‘Biskut Kering Kopi O’ anjuran Bahagian Pemasaran memaparkan topik menarik bersama ahli panel dan alumni daripada Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) UUM dengan mengetengahkan topik ‘Kita Adiwira’ telah mendapat 125 shares sepanjang tempoh siaran.

Antara ahli panel yang dijemput dalam sesi ini adalah Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Prof. Dr. Salniza Md Salleh; Pensyarah SBM merangkap Pengarah Unit Pengajian Siswazah Kolej Perniagaan (COB), Prof. Madya Dr. Subramaniam Sri Ramalu dan alumni SBM, Marina Turiman, Mohd Nadzri Ishak dan Nor Muhammad Ikhwan Zollaili.

Topik ‘Kita Adiwira’ ini berkisarkan kepada transformasi kendiri sebagai individu yang biasa menjadi individu yang luar biasa.

Alumni jemputan telah berkongsi pengalaman sepanjang mereka menimba ilmu di UUM, khususnya di SBM yang sedikit sebanyak telah mencorakkan peribadi mereka menjadi individu yang berjaya pada masa kini.

Pembelajaran seumur hidup juga merupakan aspek yang paling dititikberatkan oleh mereka sepanjang sesi perkongsian itu.

Sementara itu, Prof. Dr. Salniza dan Prof Madya Dr. Subramaniam turut berkongsikan pengalaman dari aspek pengurusan pusat pengajian, yang menjadi salah satu faktor kepada pembentukan Adiwira.

Menjelang penghujung rancangan, penonton diberi peluang mengajukan soalan kepada ahli panel. Antara soalan yang ditujukan termasuklah berkenaan perancangan lima tahun untuk perniagaaan yang kini sedang dijalankan dua alumni iaitu Marina dan Nor Muhammad Ikhwan.

Biskut Kering Kopi O’ ini adalah inisiatif universiti dalam mempromosikan keunikan pusat pengajian di UUM kepada masyarakat umum.

Pautan ke rakaman: https://fb.watch/3RxrjTsGn-/