All News

PDRM IKTIRAF KEPAKARAN PENSYARAH SBM

Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) telah menerima lawatan delegasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman yang diketuai Ketua Penolong Pengarah, Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik, Bahagian Dasar Sumber Manusia, SAC Siti Mariam Salikin, baru-baru ini.

Kunjungan ini adalah hasil lawatan balas SBM ke Bukit Aman pada September tahun lalu dengan pensyarah-pensyarah SBM yang diketuai Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman di Bilik Kedah.

Dalam sesi perbincangan tersebut, kedua pihak telah bersetuju dengan ketetapan berkaitan terma rujukan berkaitan dasar pembangunan sumber manusia PDRM.

Kemudian, satu sesi pembentangan telah diadakan di hadapan Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Dato’ Ramli Din yang hadir ke UUM, diikuti perbincangan tentang kerjasama strategik pembangunan sumber manusia PDRM-SBM.

Dato’ Ramli berkata, beliau yakin dengan kepakaran dimiliki pensyarah-pensyarah SBM dapat membantu memantapkan dasar pembangunan sumber manusia khususnya dalam kepimpinan dan pengurusan PDRM.