All News

SESI LAWATAN MUHIBBAH UECSB KE PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN PERNIAGAAN

07 Jan 2021 | Satu sesi lawatan muhibbah telah diadakan oleh pihak Uniutama Education and Consultancy Sdn Bhd (UECSB) ke SBM.  Lawatan Muhibbah itu disambut oleh Prof. Dr. Salniza Md. Salleh, selaku Dekan SBM di Bilik Selangor, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan.  Dalam rangka lawatan muhibbah itu, Dr. Mohd Herry Mohd Nassir, Pengurus Besar UECSB memperkenalkan barisan Pengurusan dan menjelaskan peranan serta fungsi UECSB.  Selain itu, Dr. Herry juga turut berkongsi tentang servis-servis yang ditawarkan oleh pihak UECSB serta menerangkan peluang-peluang kolaborasi di masa-masa akan datang.    

Dalam sesi perbincangan ringkas itu juga, Prof. Dr. Salniza Md. Salleh menjelaskan bahawa SBM bersedia mendengar cadangan dan mempertimbangkan sebarang peluang kerjasama pihak UECSB.  Namun aspek pengawalan kualiti dan pematuhan kepada piawaian akreditasi sedia ada seperti MQA dan AACSB perlu diberi penekanan dan tidak diambil mudah.

Sesi itu turut dihadiri oleh wakil-wakil UECSB yang terdiri daripada Dr. Khairol Anuar - Pengurus Strategi Korporat, Dr. Mawarny - Pengurus Kualiti dan Akreditasi dan Cik Nur Zulaikha selaku Eksekutif Pemasaran.  SBM dihadiri oleh Prof. Madya Dr. Hasnizam Shaari - Timbalan Dekan dan Dr. Noratisah Mohd Nafi selaku Ketua Jabatan Pengurusan dan Keusahawanan.