All News

Kemeriahan Kayuhan Flora Dan Fauna Anjuran Jawatankuasa Kebajikan SBM UUM

SBM ONLINE: Jawatankuasa Kebajikan SBM, Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan telah menganjurkan program Kayuhan Flora dan Fauna pada 4 Februari 2020 yang lalu. Anjuran program ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar dikalangan staf SBM disamping dapat menikmati kehijauan alam semula jadi. Kayuhan sepanjang 10 km ini melibatkan seramai 23 staf akademik dan pentadbiran SBM di sekitar kampus. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Encik Mohd Abidzar bin Zainol Abidin berkata sambutan program kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan diharapkan agar program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang memandangkan ianya juga merupakan aktiviti yang sihat.